Ayat deep Islam. Petikan ayat islamik tentang kehidupan dan kerohanian dapat membantu dari segi kesihatan fizikal dan mental terutama sekali.

Ayat-ayat indah ini juga memberitahu kita bagaimana Islam mengajar manusia untuk bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Petikan ayat ini serba sedikit sebagai ayat kaunseling dalam kehidupan kita terutama ketika ditimpa kesusahan.
Ayat Deep Islam Terbaik.
- Jika dalam pergaulan dengan manusia tidak mendatangkan kebaikan, maka menyendiri lebih baik.
- Apabila kita membaiki hubungan kita dengan Allah, Allah akan memperbaiki segalanya untuk kita.
- Orang kaya beribadah dengan sifat dermawan, Orang Miskin beribadah dengan kesabaran.
- Allah tidak pernah hilang, kita yang terpejam
- Belajarlah untuk tidak berharap kepada manusia, hanya berharap kepada Allah S.W.T
- Jika Allah telah memberimu apa kau cintai, maka lakukanlah apa yang Allah Cintai.
- Kenapa Allah merahsiakan takdir? Agar kita terus berbuat soleh dan sentiasa bersangka baik dengan rahmat Allah.
- Ada saat dimana kita perlu menerima takdir yang sudah Allah berikan kepada kita. Kerana setiap takdir pasti ada hikmah yang perlu disyukuri.
- Jika kita mula menyedari bahawa dunia ini hanyalah sementara. Maka kita perlu mengerti keletihan mencari dunia perlukan ibadah,
- Pada dasarnya takdir Allah adalah baik, cuma terkadang perlukan air mata untuk menerimanya.
- Seringlah beristighfar, kerana mungkin rasa khuatirmu, rasa takutmu, kecewamu dan masalahmu saat ini adalah cara Allah menghapus dosamu.
- Agungkan Allah dan kecilkan dunia, maka seluruh alam semesta akan mengejar kita.
- Pertolongan Allah akan hadir, khusus untuk orang-orang yang percaya akan setiap janjinya.
- Dunia adalah kenderaan untuk anda. Jika anda memandunya, ia akan menghantar ke destinasi anda. Jika ia memandu anda, anda akan dimusnahkan.
- Perancangan Allah adalah sempurna dalam setiap perkara. kita tidak selalu memahami hikmah disebaliknya. tetapi kita perlu belajar untuk mempercayainya.
- Tawakkal ialah mempunyai keyakinan penuh bahawa Allah akan menjaga kita walaupun keadaan kelihatan mustahil.
- Bercakap hanya apabila kata-kata anda lebih indah daripada diam.
- Jadilah seperti berlian, berharga dan sikar dicari, bukan seperti batu, ditemui di mana-mana.
- Ketika kamu ikhlas menerima kekecewaan hidup, maka Allah akan menggantikan kekecewaan dengan beribu-ribu kebaikan.

Sekian sahaja perkongsian ayat deep islam. Semoga kita semua lebih tabah dan tawakal dalam menempuhi dugaan hidup.
Jika anda nak lagi info menarik, bolek klik link disini.