cara mandi wajib

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Mudah

Masih ramai dikalangan kita yang masih belum arif cara mandi wajib yang betul. Mungkin ada yang menganggap perkara remeh hanya mandi dengan niat sahaja.

Cara Mandi Wajib(Panduan Umum)

Mandi Wajib atau Mandi Hadas Besar adaah mandi dengan kaedah menuangkan/ mengalirkan air ke seluruh badan dengan kaedah tertentu bagi menghilangkan hadas besar.

Antara sebab atau perlunya mandi wajib

  • Keluar air mani
  • Bersetubuh( Jimak)
  • Haid
  • Nifas

Seluruh imam mazhab menyepakati bahawa hukum mandi wajib adalah wajib setelah lelaki dan perempuan bersetubuh hingga kedua kelaminnya saling bersentuhan dan perkara yang dinaytakan diatas.

Tatacara mandi wajib yang betul adalah sangat penting. Jika tidak betul, maka ibadat seperti solat tidak sah.

boleh ke berwudhu sahaja menggantikan mandi wajib?

Panduan

Berikut adalah ringkasan cara mandi wajib yang pernah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. :

  • Mulakan dengan bismillah (disunatkan menghadap kiblat)
  • Membersihkan tangan sebanyak 3 kali
  • Niat ketika air dicurahkan ke anggota badan
cara mandi wajib
  • Mencuci kemaluan dan dubur dengan tangan kiri sehingga bersih
  • Membersihkan atau menyucikan telapak tangan dengan sabun
  • Berwudhu. Wudhuboleh dilakukan seperti biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan selepas selesai mencuci kaki
  • Membasuh kepala dan rambut dengan mengusap secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air.

    Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulakan dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala.

Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut.

Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

  • Memulakan dengan bahagian kanan tubuh. Dari ‘Aisyah (R.A):

    “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
  • Meratakan air ke seluruh tubuh badan
  • Berwuduk jika hendak mengerjakan solat.

Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Panduan kaedah mandi adalah sama.

kehidupan islam
Solat adalah tiang agama

Itu sahaja perkongisan untuk cara mandi wajib, jika anda nak info lebih lanjut tentang kehidupan islam, boleh klik link disini

Artikel Lain