Rasulullah berdakwah secara rahsia selama berapa tahun?
Bismillahirrahmanirrahim. Dalam topik ini, kita akan mengetahui tentang sirah dakwah baginda Rasullulah. siapa yang memeluk Islam pada awal dakwah baginda?
Sejarah Rasulullah Berdakwah
Wahyu pertama yang diturunkan oleh malaikat Jibril sebagai perantara kepada Rasullulah adalah Surah al-Alaq 1-5.

Surah ini terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Ayat pertama hingga ayat ke lima adalah tentang wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW.
2 . Kesombongan manusia. Allah SWT memberi ancaman kepada orang kafir yang menghalang kaum Muslimin melaksanakan perintah-Nya.
3. Kisah Abu Jahal yang telah menghalang Rasulullah SAW daripada menunaikan solat.
Rasulullah berdakwah secara bersembunyi kerana berhati-hati dengn kaum Quraisy yang pada masa itu mempunyai pegangan sembahan berhala yang kuat.
Antara insan yang memeluk islam di awal dakwah Rasulullah:
- Khadijah binti khuwailid r.a (Isteri)
- Ali bin Abi Talib r.a (Sepupu)
- Zaid bin Haritsah r.a (Bekas Hamba)
- Bilal bin Rabah (Hamba)
- Abu Bakar bin Abi Qahafah Assiddiq r.a (Sahabat Karib)
- Usman bin Affan r.a
- Zubair bin Awwam r.a
- Abdul Rahman bin Auf r.a
- Saad Bin Abi Waqqas r.a
Setelah itu, ada ulama berselisih pendapat yang wahyu terhenti seketika. Sohih paling kuat mengatakan selama 6 bulan.
Rasullah berasa susah hati, kecewa dan bimbang jika Allah memarahinya. Setelah sekian lama, maka turunlah wahyu kedua.
Pada waktu itu, semasa baginda berjalan di pasar, baginda telah ternampak Jibril di langit sedang duduk di atas kerusi. Disebabkan ketakutan dengan apa yang baginda lihat, baginda telah lari balik balik ke rumah dan baginda telah meminta diselimutkan. Maka turunlah ayat muddathir-ayat-1-7

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan kerana Tuhanmu, hendaklah engkau bersabar!
Setelah pada itu, wahyu pun terus diteruskan. Rasulullah s.a.w memilih rumah Al-Arqam bin Abi al Arqam sebagai pusat tarbiyah dan mempelajari islam
Mengikut sumber ulama, Rasulullah berdakwah secara rahsia selama 3 tahun. Hasil dakwah baginda secara rahsia dianggarkan seramai 30 orang masuk Islam termasuk lelaki dan wanita.
Wallahu a’lam. Insya Allah, dengan perkongsian ini, kita serba sedikit tahu tentang sirah dakwah Baginda dan pelajari kehidupan Islam.
Jangan lupa teruskan berselawat keatas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W.