Cara menghilangkan sakit tekak. Bayangkan Bangun pagi terus rasa tekak yang perit macam ada duri di dalam. Nak minum air pun rasa sakit yang amat sakit apatah lagi nak makan nasi.
Dah cuba makan lozenges namun hanya lega seketika sahaja. Jadi kita perlu segera amalkan langah dan cara mengawal perit tekak ini
Tapi sebelum itu kita mesti tahu dimana punca atau datangnya sakit tekak ini. Langkah berjaga-jaga perlu dibuat supaya ia tidak berulang lagi.
Punca Sakit Tekak
Sebelum merawat kita perlu kenal pasti punca dahulu. Antara puncanya adalah seperti berikut:
- Demam Selsema
- Udara pesekitaran kotor (pencemaran udara)
- Tonsil
- Asap rokok
- Alahan
- Ketumbuhan tumor pada tekak
- Penyakit Gerd

Cara Menghilangkan Sakit Tekak Dengan Segera.
- Madu
Madu terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Cuma ambil 1 sudu kecil untuk 2X sehari. Bukan sahaja melegakan sakit, ia juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak.

- Makan aiskrim vanilla
Cara ini amat berkesan terutama untuk kanak-kanak. Jika mereka tidak mahu makan ubat, maka aiskrim vanilla adalah caranya. Beli yang dalam bekas dan bukan stick atau kon. Elakkan membeli perisa selain vanilla.

- Kumur dengan Air Garam
Air garam memantu dalam melawan bakteria didalam tekak. Ia secara tidak langsung membantu menghilangkannya.
Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian dikumur. Jangan telan air garam, cukup sekadar berkumur dalam 3X sehari.

- Minum Teh
Teh boleh membantu untuk mengurangkan radang dan mencairkan kahak. Bau yang nyaman mengurangkan gejala sakit tekak dan batuk.

- Rehat & banyak minuma air
Bila kita berasa perit ditekak, badan akan cepat letih dan kurang selesa. Kita perlukan rehat secukupnya bagi mengurangkan sakit ini. Minum air kosong suam yang banyak supaya sakit beransur sembuh

kebanyakkan sakit tekak bukanlah sesuatu yang serius. Cuma simptom yang berlaku menyebabkan kita tidak selesa melakukan aktiviti harian.
Walau bagaimanapun, jika sakit tekak bertambah buruk dalam tempoh yang lama, anda perlu segera ke hospital.
Diharap dengan perkongsian ini, serba sedikit dapat membantu masalah anda. Nak lebih info menarik boleh ke laman utama.