cara nak kecutkan buasir luar

Cara nak kecutkan buasir luar

Ada pelbagai cara nak kecutkan buasir luar. Buasir luar biasa berlaku dan paling menyakitkan. Buasir boleh menyebabkan rasa pedih dan gatal.

Tambah lagi memeritkan, perkara ini berlaku sewaktu mengandung. Bila buasir datang, semua kerja tergendala. Nak duduk sakit, jalan jadi susah dan makan pun perlu berpantang.

Jadi disini saya kongsikan sedikit tips untuk merawat atau kecutkan buasir luar.

Jenis Buasir.

Kita perlu kenali dulu jenis buasir yang biasa berlaku. Buasir ada dua ketegori kebiasaannya.

  • Buasir Dalam

    Berkembang didalam dubur atau rectum
  • Buasir Luar

    Terjadi di luar kawasan dubur.  Jenis ini boleh berlaku pada bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Buasir yang terbentuk menyebabkan rasa sakit, gatal dan ada pendarahan sedikit sewaktu membuang air besar.

Cara nak kecutkan buasir luar, apa perlu buat?

  • Ubah cara pemakanan

    Ambil makanan yang tinggi serat sperti buah pir, berry, chia seeds. Sayur bendi juga bagus kerana sifatnya yang belendir.
  • Minum air dengan kerap

    Cairan dalam badan membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit. 8 gelas air kosong sehari.
  • Jangan Meneran kuat

    Elak meneran dengan kuat pada saluran vnus di kawasan dubur. Meneran dengan kuar menyebabkan cepat bengkak di kawasan itu.
  • Mandi Sitz.

    Mandi sitz adalah satu terapi yang bagus bagi melegakan buasir. Lakukan dengan air suam bersama garam dalam anggaran 1 genggam. Rendam selama 15 minit. Pastikan besen yang besar dan rendam tenggelam sampai ke kawasn yang luka. Boleh buat 2-3 kali sehari.
cara kecutkan buasir luar.
cara mandian sitz

Selain cara rawatan tradisional diatas, anda juga boleh ke farmasi berhampiran untuk mendapatkan ubat surut bengkak vena dan ubat pelembut najis (lactulose) jika sembelit masih ada.

Jika masalah ini masih belum selesai dalam tempoh yang lama, segeralah ke hospital berdekatan.

Ini sahaja perkongsian saya untuk cara kecutkan buasir luar. Diharap anda semua pembaca sentiasa sihat hendaknya. Anda boleh klil link disini unutk dapatkan tips kesihatan yang lain.

Artikel Lain