Cara buat donut red velvet

Cara Buat Donut Red Velvet Gebu

Cara buat donut red velvet. Donut viral terjual boleh dibuat sendiri dan nikmati bersama keluarga tersayang. Bahan yang digunakan sangat mudah.

Resepi Donut Red Velvet.

Resepi cara buat donut red velvet kita bahagi kepada 2 bahan:

Bahan A

  • 1 paket yis mauripan*
  • 3 sudu besar gula*
  • 1 cawan air suam

Bahan B

  • 3 sudu susu pekat
  • Planta 3sudu
  • Secubit garam
  • 2 sudu red velvet emulco
cara buat donut red velvet
 Red Velvet Emulco
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar pelembut roti(kalau ada)

Cara memasak donut red velvet

  • Bahan A dicampurkan semua. Sila pastikan yeast itu berkembang atau bebuih. Jika tidak berbuih, sila beli yeast baru. Yeast mati punca donut tak jadi.
  • Msukkan tepung 2 cawan dahulu dan gaulkan bahan B dalam satu bekas atau besen/bekas besar. Gaul sehingga sebati semua.
  • Masukkan yeast yang dah dibancuh tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
  • Teruskan menguli sehingga menjadi doh tidak melekat ditangan. Jika adunan masih lembik, masukkan tepung lebihan tadi sedikit sedikit dahulu.
  • Uli dalam masak 10-20 minit sehingga doh menjadi sedikit elastik dan licin
  • Rehatkan doh dalam masa 1 jam supaya dia naik. Pastikan keadaan doh bertutup.
  • Bila doh dah kembang, boleh tekan-tekan untuk buang angin. seterusnya doh boleh dibentuk. Terpulang kepada kereativiti masing-masing untuk guna tangan atau acuan.
  • Dah siap membentuk donut, biarakan seketika dalam 10-15 minit supay adia menjadi lebih gebu.
  • Sementara menunggu boleh panaskan minyak dan sedia untuk digoreng. Pastikan api kecil sewaktu menggoreng
  • Dah siap menggoreng boleh gaulkan dengan gula kastor atau gula halus. Pastikan donut sedikit sejuk baru gaul.
  • Sedia untuk dihidang.

Diharap dengan perkongsian resepi cara buat donut red velvet ini, anda dapat menghasilkan donut yang cantik dan sedap. Nak lebih info resepi menarik boleh ke laman blog santapan.

Artikel Lain