resepi kek marble

Resepi Kek Marble

Resepi kek marble yang sangat mudah untuk dibuat. Kepada ibu-ibu, isteri atau sesipa sahaja boleh buat untuk minum petang seisi keluarga. Bahan sangat mudah untuk didapati di rumah

Bahan Resepi Kek Marble

Bahan-Bahan:

  • Majerin

    1 cawan 1/2 majerin. Sukatan yang digunakan adalah cawan. Pastikan cawan yang digunakan sebagai ukuran adalah sama untuk semua bahan.
  • Tepung naik sendiri

    2 cawan tepung naik sendiri. Kalau tiada boleh gunakan tepung gandum dan 1sudu kecil baking powder. Pastikan ayak tepung. Ketahui perbezaan tepung kek dengan tepung naik sendiri.
resepi kek marble
Ayak tepung sebelum digunakan.
  • Susu Pekat

    Bagi sukatan susu adalah satu cawan. Jika suka manis boleh tambah lebih sikit.
  • Telur

    Telur yang digunakan Gred B 4 biji. Kalau telur lebih kecil boleh gunakan 5 biji.
Resepi kek marble
Pastikan telur dibasuh terlebih dahulu
  • Serbuk Koko

    Sukatan adalah 2 sudu besar. Jika tiada boleh tukar kepada milo atau kopi. Rasa akan berbeza jika menggunakan kopi.

Cara Penyediaan

  • Masukkan majerin dan susu pekat dalam bowl atau bekas. Kacau sebati. Tak perlu kembang.
  • Tambah satu-satu telur sambal kacau atau whisk. Habiskan semua telur yang digunakan.
  • Jika keadaan adunan seperti bergempal atau berketul-ketul. Boleh putar dengan laju atau lebih mudah masuk blender.
  • Tambah Tepung dan kacau laju.
resepi kek marble
Hasil Kejadian
  • Bahagi dua bekas.1 bekas letak serbuk koko satu lagi biarkan asal.
asing adunan
Pisahkan 2 adunan
  • Gunakan loyang saiz 7 untuk resepi ini. Tuang adunan seperti gambar dibawah sampai habis. Boleh sapu sedikit minyak atau majerin diloyang agar kek tak melekat.
masukkan adunan
Hasilkan seperti ini
  • Boleh buat lorekkan ikut kreativiti masing-masing. Panaskan oven.
lorek kek
  • Bakar pada suhu 170 api atas bawah. Masa 45-50 minit. Bila dah masak boleh keluarkan, terbalik atas board atau redai. Jika gunakan kukus, anggaran masa 45 minit.
Bakar kek
panaskan oven
  • Dah siap dan hasilnya. Yummy.
Hasil kek

Tips Tambahan

  • Kek Mendap Tengah

    Kek anda belum cukup masak. Hal ini disebabkan keadaan setting oven yang berbeza. Boleh cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi. Jika licin lidi, maka kek dah masak.

Diharap dengan perkongsian resepi kek marble, anda dapat menghasilkan kek yang cantik dan sedap. Nak lebih info menarik boleh ke laman utama.

Artikel Lain