Baju kurung kedah

Baju Kurung Kedah

Baju kurung Kedah sangat sinonim bagi masyarakat Malaysia pada masa kini. Keunikan baju ini sendiri yang sentiasa di ubah suai mengikut pereadaran zaman dan permintaaan pasaran.

Potongan baju yang ringkas, menyebabkan baju ini sesuai digunakan untuk semua majlis-majlis dan juga tidak mebatasakan pergerakkan. Bukan sahaja Malaysia, pakaian ini turut digemari di rantau asia tenggara seperti Brunei, Thailand dan Indonesia.

SEJARAH BAJU KURUNG KEDAH

Mengikut beberapa sumber, baju ini pada asalnya datang dari selatan Thai. Pada asanya, baju ini akan ada corak-corak bunga kecil. Pakaian ini kebiasan dibuat daripada kain cita(kapas) yang bersifat nipis dan sedikit keras. Ia dijadikan singat sampai ke paras punggung supaya sesuai digunakan untuk pakaian seharian dan basahan.

Bagi golongan bangsawan pada ketika itu, Baju Kurung Kedah diberi hiasan bersulam tekat kelingkan atau benang berwarna dan dipadankan dengan kain sarung bertenun.

Baju kurung kedah
Pakaian lelaki dan wanita ketiak dulu : (gambar ihsan zubaidah sual)

Baju ini bukan datang dalam bentuk set atau pasangan seperti kain atau seluar. Ia boleh dipakai dengan kain batik ataupun pelikat. Wanita pada masa kini memakai baju yang berleher potongan bujur sireh. Ianya boleh dikenakan bersahaja ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian.

Design Potongan Baju

Potongan baju kurung kedah ini diubah suai mengikut peredaran zaman dat semasa ke semasa. Ia Dibuat sangat ringkas, longgar dan singkat dari kurung biasa. Kadar singatan anggaran cukup cukup paras punggung sahaja. Berbeza dengan baju kurng lain yang mana potongan akan pergi ke paras peha atau lutut.

kurung kedah
Sumber: memori Kedah

Baju ini tidak berpesak dan tiada berkekek. Potongan dari segi lengan lebih kurang 3 suku sahaja. Dari sudut lebar pula, ia lebih luas dari kurung biasa. Bahagian leher dibuat bulat dan terbuka sedikit dibahagian hadapan. Lebih mesra dipanggil potongan bujur sireh.

Akhir Kata

Dalam era moden ini, baju kurunng kedah telah berkembang dengan kepelbagain corak mengikut kesesuain semasa. Baju ini tidak lapuk dik zaman atas faktor fesyen terkini dan kesesuain pakaian harian kita.

Fesyen baju kurung ini boleh dianggap sebagai minimalis disebabkan coraknya yang tidak sarat atau keterlaluan.

Bagi dapatkan lebih info menarik, anda boleh terus ke halamam utama.

Artikel Lain